Hero
Warisan Silat Jawa Kraton

WARISAN SENI

Jiwa Pendekar dan Semangat Jawa Kraton

Membina jati diri, disiplin dan kekuatan rohani melalui seni silat dan gendang warisan Melayu Jawa.

Tapak Gelanggang 7

Nadi Jawa Kraton di Bumi Pendang

Sebut sahaja silat Jawa Kraton di Pendang, di sinilah tempatnya! Bertempat di Kampung Pulau Macang, Tapak Gelanggang 7 merupakan rumah rasmi bagi kita menghidupkan warisan, membina jati diri, dan merapatkan ukhuwah. Jom turun gelanggang!

Latihan Silat

Khas buat anak-anak muda dan sesiapa sahaja yang mahu kekal cergas sambil belajar ilmu mempertahankan diri. Kuasai teknik praktikal, bina fizikal yang kuat dan jiwa berdisiplin.

Seni Gendang

Tanpa bunyi gendang, sunyilah gelanggang. Kami mengalu-alukan golongan dewasa untuk menghidupkan alunan warisan. Pelajari teknik pukulan tradisional yang menjadi nyawa setiap langkah pesilat.

Matlamat PASJAK

Warisan Seni

Memelihara keaslian Seni Silat Jawa Kraton dan alunan muzik gendang warisan.

Bina Jati Diri

Gelanggang kami bukan sekadar tempat membuang peluh, tetapi medan untuk membentuk adab dan jati diri anak bangsa.

Kebajikan Ahli

Di PASJAK, kita semua bergaul ibarat keluarga besar. Tidak kira umur atau latar belakang, kita bersatu padu.

Maklumat Pertubuhan

Pengenalan Tapak Gelanggang 7, Pendang

Berpusat di Tapak Gelanggang 7, Kampung Pulau Macang, PASJAK merupakan sebuah pertubuhan yang komited menjadi platform rasmi untuk menyebarkan keilmuan Silat Jawa Kraton. Permohonan pendaftaran rasmi pertubuhan telah dikemukakan kepada ROS pada 26 Februari 2026.

Butiran Pertubuhan

Nama Pertubuhan

Pertubuhan Seni Silat Jawa Kraton Negeri Kedah (PASJAK)

Pusat Latihan

Rumah Gelanggang 7, Kg. Pulau Macang, 06700 Pendang, Kedah.

Status Penubuhan

Bergiat aktif sejak 21 Februari 2025. ROS pada 26 Februari 2026.

Fokus Keahlian

Anak muda untuk silat dan golongan dewasa untuk gendang.

Objektif Pertubuhan

Berdasarkan Fasal 3 Perlembagaan PASJAK

Mempertahankan Warisan

Memperkenalkan dan memartabatkan Seni Silat Jawa Kraton.

Pembangunan Insan

Melahirkan ahli yang berdisiplin dan berjati diri tinggi.

Perpaduan

Mengeratkan silaturahim melalui aktiviti kebudayaan.

Kebajikan

Menjaga kebajikan ahli yang ditimpa musibah.

Ahli Jawatankuasa PASJAK

PenasihatMohammad Faizal bin Haji Azid @ Aziz
PengerusiHazwan bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1Hanif bin Harun
Timbalan Pengerusi 2Hilman bin Azemi
SetiausahaMohd Hafiz bin Azemi
Tim. SetiausahaMohd Shaiful Hafizi
BendahariAmir Iskandar bin Azemi
Tim. BendahariMohamad Azhar

Ahli Jawatankuasa (AJK)

AJK LatihanMuhammad Alif bin Fazin
AJK BudayaMohd Nizam bin Ismail
AJK EkonomiAhmad bin I Chan
AJK KebajikanMohamad bin Khirafan
AJK MediaMohd Fakrul Naim

Juruaudit Dalaman

Juruaudit 1Yahya bin Mohamed
Juruaudit 2Noor Zaidi bin Abu Bakar

Sejarah PASJAK

Bermula Daripada Impian Dua Sahabat

Dalam lembaran sejarah panjang perjuangan Silat Jawa Kraton, nama Almarhum Guru Tua Hj. Hassan bin Hj. Mat Arsyad (Pengasas) dan Almarhum Ayahanda Azemi bin Zakaria (Pemilik Tapak Gelanggang 7) terpahat sebagai dua tokoh utama.

Impian Yang Tertangguh

Beberapa tahun sebelum pemergian mereka, dua sahabat seperjuangan ini telah mula merancang untuk membuka Gelanggang Ke-7. Hasrat mereka adalah satu: untuk meluaskan sinar ilmu Silat Jawa Kraton ke luar Daerah Sik.

Rancangan hampir menjadi kenyataan namun ketentuan Ilahi mengatasi segalanya. Guru Tua diuji dengan kesihatan yang merosot dan telah kembali ke rahmatullah. Ayahanda Azemi juga menyusul menghadap Ilahi pada tahun 2024.

Sebelum pemergiannya, Ayahanda Azemi berkali-kali menyuarakan hasrat agar impian mereka berdua tidak dibiarkan padam.

Bangkitnya Gelanggang 7

Pada awal tahun 2025, amanah ini dikisahkan semula kepada Guru Utama Hazwan bin Hassan, anak kandung kepada Guru Tua. Dengan jiwa yang sarat dengan kasih sayang, beliau memberikan restu untuk membuka Gelanggang Ke-7 secara rasmi.

Gelanggang ini lahir daripada kasih sayang dua insan yang telah pergi, dibentuk dengan amanah yang diwariskan.

Kenali Pengasas

Almarhum Guru Tua Hj. Hassan bin Hj. Mat Arsyad

(12 Mei 1944 - 14 Julai 2023)

Beliau berasal dari Kampung Tanjung Besar, Sik, Kedah. Ilmu persilatan ini merupakan warisan daripada bapa mentuanya, Haji Hamid bin Lebai Taib yang berketurunan Jawa, yang telah mempelajari ilmu ini daripada Panglima Hj. Salleh.

Pengiktirafan:
  • Diberi penghormatan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Monsor ibni Almarhum Tunku Kassim.
  • Dilantik sebagai Penasihat Kehormat DSSM.
  • Menerima anugerah "Guru Tua Berjasa".

Al-Fatihah

Kepada Almarhum Guru Tua dan Almarhum Ayahanda Azemi.

Amin Ya Rabbal Alamin

Salasilah PASJAK

Susur Galur Ilmu Pertahanan Diri

Keaslian dan keberkesanan sesuatu ilmu persilatan itu terletak pada kejelasan sanad dan susur galur perguruannya.

Garis Masa Salasilah

GENERASI PERTAMA

Panglima Hj. Salleh

Seorang pendekar yang amat tersohor dengan ketangkasan dan kehebatan ilmu persilatannya pada zamannya.

GENERASI KEDUA

Haji Hamid bin Lebai Taib dan Tok Alang

Haji Hamid yang berketurunan Jawa telah menuntut ilmu secara langsung daripada Panglima Hj. Salleh.

GENERASI KETIGA

Almarhum Guru Tua Hj. Hassan (1944 - 2023)

Beliau merupakan menantu kepada Haji Hamid dan telah mewarisi sepenuhnya ilmu persilatan keluarga ini.

GENERASI KEEMPAT

Guru Utama Hazwan bin Hassan (1998 - Kini)

Anak kandung kepada Almarhum Guru Tua, kini menggalas tanggungjawab sebagai Guru Utama PASJAK.

Lensa Warisan PASJAK

Menelusuri Detik Perjuangan

Setiap langkah silat, setiap paluan gendang, dan setiap titisan peluh di gelanggang adalah memori perjuangan yang sangat berharga.

Ikuti Aksi Kami

Facebook

Dapatkan update harian dan siaran langsung sesi latihan kami.

Kunjungi Facebook

YouTube

Tonton video aksi persilatan dan alunan gendang warisan.

Tonton Video

Koleksi Gambar

Koleksi Video

Sertai PASJAK

Borang Pendaftaran Awal Keahlian

Langkah pertama anda bergelar pewaris warisan bermula di sini!

Pilihan Kategori dan Yuran

Kategori Silat

Seni Tempur Jawa Kraton

Pendaftaran: RM 20

Yuran Tahunan: RM 40

Ahli Seumur Hidup: RM 100

Latihan Mingguan: RM 1 - RM 5

Kategori Gendang

Muzik Tradisional

Gendang Sahaja: RM 36

Gendang + Serunai: RM 56

Latihan Mingguan: RM 5

Syarat-Syarat Ahli

Kepada Ahli-ahli baru yang ingin menyertai kami, anda haruslah mematuhi ketetapan berikut:

  • Tidak mempunyai rekod jenayah berat dan tidak terlibat dalam aktiviti subversif, samseng, atau dadah.
  • Tidak menyertai mana-mana pertubuhan silat lain. Sekiranya ada, PASJAK sahaja pilihan anda.
  • Setiap ahli yang dipilih akan ditentukan oleh Lembaga Beradat Pertubuhan (AKRAB).

Isi Butiran Anda

Sila isikan maklumat di bawah. Setelah menekan butang hantar, mesej akan dijana ke WhatsApp kami.

Borang Muat Turun

Daftar Ahli

Muat Turun

Kebenaran Waris

Muat Turun

Aku Janji

Muat Turun

Hubungi Kami

Pintu Gelanggang Kami Sentiasa Terbuka

Ada sebarang pertanyaan tentang pendaftaran, waktu latihan, atau ingin menjemput pasukan kami? Jangan segan silu untuk menghubungi barisan pengurusan PASJAK.

Direktori

Guru Utama Hazwan Hassan

Pengerusi

019-5969299

Hilman

Timbalan Pengerusi

011-1092 5661

Hafiz

Setiausaha

010-391 3072

Amir

Bendahari

011-1758 4193

Cikgu Alif

Gurulatih

011-1200 4044

Emel Rasmi

Hubungi melalui e-mel

silatjawakraton@gmail.com

WhatsApp Kami

Waktu Latihan

Jadual Latihan

Jumaat

9:00 Malam - 11:45 Malam

Sabtu

5:00 Petang - 7:00 Petang

Lokasi

Rumah Gelanggang 7, Kg. Pulau Macang, 06700 Pendang, Kedah.

Share Location